- agen penghalang kanser dimana ia mempunyai sifat anti oksidan yang tinggi
- mengaktifkan denyutan jantung
- meransang peredaran dan memperbaiki peredaran darah dalam badan
- merangsang pengeluaran gas dari dalam sistem pencernaan.
1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan
apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh,
makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat
anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak?
Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan
bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang
boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya
makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi
lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol
yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya
merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
3. Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer
Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser
dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard,
boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk
memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap
kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan
dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke
seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang
lebih kuat.
5. Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan
produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya,
makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
sumber
No comments:
Post a Comment