Hari ini 3hb Mac 2013 adalah bertepatan dengan 89 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.
Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.
Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.
Kamal
Atarturk telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II
supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera
dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya
membawanya ke Switzerland.
Atartuk kemudiannya telah
mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki.
Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada
sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki
dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.
Akhirnya impian British dan Zionis
untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah
tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kemal Atatürk laknatullah.

Kini, telah hampir 90 tahun umat
Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimanakah
keadaan umat Islam kini di Palestin, Syria,
Rohingya, Iraq, Libya, Kashmir, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan
negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ?
Rata-rata umat Islam hidup
terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah
meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.8
bilion daripada total 7 bilion).
No comments:
Post a Comment