Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat
Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD
dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari
institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran
dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding
dengan pendidikan beliau.
Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun
tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan
diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka
hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang
dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita
tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan
Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa
sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah
terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa
kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang
tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama
skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5-RfyiE1_YU
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol
setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan
tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh
pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat
meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun
tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama
Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang
askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik
apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut
dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh
melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar
Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan
keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan
penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara
yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun
selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan
para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau
berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil
beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan
gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan
Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).
Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam
kita ini.

No comments:
Post a Comment