Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Bawang merah mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang
dapat mengelakkan diri anda mendapat penyakit. Jika anda tidak suka makan
bawang merah, mulai dari sekarang belajarlah untuk menyukainya kerana selain
berfungsi menyedapkan rasa pada makanan, ia juga dapat memberi tubuh kita
kesihatan yang baik. Berikut adalah khasiat-khasiatnya:
- Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
- Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah.
- Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.
- Bawang merah dapat mengubati penyakit bengkak mata dan mengatasi masalah selaput putih dimata.
- Jika anda mempunyai bisul, sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.
- Bawang merah dapat membangkitkan selera untuk anda yang kurang berselera untuk makan.
- Banyakkan makan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu mengurangkan masalah kabur penglihatan dan sakit telinga.
- Biji bawang merah dikatakan dapat mengurangkan risiko dari masalah botak.
No comments:
Post a Comment